August 08, 2009

.::PeDuLi PaLeStiN::.


Sedar atau tidak keprihatinan kita terhadap isu keganasan yang berlaku di Palestin ibarat bermusim. Masyarakat dunia hanya akan memberi perhatian sekiranya ia sudah berada di peringkat kemuncak dan meletusnya peperangan hebat sehingga telah mengorbankan jutaan manusia yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Di saat itu pelbagai cara kita mula ikhtiarkan demi membantu mangsa-mangsa di Palestin sana dan menunjukkan rasa simpati kita lantaran ketidakupayaan kita untuk turut sama-sama berada di bumi suci itu dan berjuang bersama-sama mereka bagi menentang Yahudi laknatullahi ‘alaih. Antaranya menghulurkan derma dalam bentuk material, makanan, pakaian, wang ringgit dan sebagainya. Tidak cukup sekadar itu, kita juga gigih melakukan solat hajat secara beramai-ramai saban waktu ketika saat genting tersebut dan berdoa sepenuh hati agar bumi Palestin kembali aman.


Namun, apa yang sangat mendukacitakan adalah perasaan sedemikian dilihat seakan-akan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Setelah peperangan kembali reda, kita mula melupakan anak-anak di bumi palestin. Kita kembali fokus kepada kerja seharian bagi mencukupkan keperluan kita semata-mata, berita-berita dan perkembangan di palestin sudah mula dilupakan, tangisan serta raungan anak-anak kecil akibat penderitaan yang selama ini sering menimbulkan rasa simpati seakan-akan tidak pernah terlintas langsung di benak fikiran kira. Keadaan sebegini sangat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku kerana ikatan persaudaraan di dalam Islam sebenarnya tidak terbatas kepada waktu-waktu tertentu sahaja tetapi berpanjangan.


Perlu diingat bahawa walau di mana dan siapa pun kita hatta berbeza bangsa sekalipun, kita tetap bersaudara selagi akidah yang diimani kita adalah akidah Tauhid. Perasaan kemanusiaan perlu sentiasa wujud dalam diri kita. Tidak rugi seandainya kita mengasihi saudara seagama kita kerana sekali kita menunjukkan rasa kasih kepada sesama manusia, sejuta kali rahmat dan kasih sayang Allah akan terlimpah buat diri kita. Sesungguhnya Islam sangat mementingkan ikatan persaudaraan yang kuat dan utuh.


Justeru, marilah kita sama-sama memperbaiki kelemahan diri selama ini yang mungkin tidak disedari. Hati dan perasaan kita perlu sentiasa subur dengan kasih sayang. Walau peristiwa tersebut telah berlalu 1 abad sekalipun, kita tidak boleh terus melupakannya dan tidak mungkin akan pernah terpisah. Pasakkan dalam hati perasaan peduli pada insan lain kerana mereka juga berhak untuk hidup di muka bumi Allah ini dengan keadaan tenang dan damai. Ingatlah, penderitaan insan-insan di bumi al-Aqsa juga adalah penderitaan kita. Biar suka dan duka kita tempuhi bersama-sama demi sebuah ad-Din tercinta iaitu Islam. Mulai saat ini, peka lah dalam memerhati dan merenung isu-isu yang melibatkan kemanusiaan. Sekalipun kita bukan sebahagian dari penduduk di Palestin namun jiwa kita dan jiwa mereka sebenarnya telah berpadu dalam akidah yang satu, kerana kita sama-sama bertuhankan Allah yang Esa. Fikir-fikirkan!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...