October 22, 2009



‘MUSIBAH’ Tanda ‘KASIH’ ALLah...

Ikhwan/Akhawat! Betapa Maha Penyayangnya sifat Allah terhadap hamba-hambaNya.. Di saat-saat manusia lalai dan melupakanNya, cepat-cepat diingatkan lantaran tidak mahu dibiarkan kita berterusan dalam kemaksiatan dan kealpaan. Kasih sayang Allah bukanlah pada rezeki yang terlimpah curah seperti kemewahan, kejayaan dan kekuasaan kerana barangkali kesemua itu hanya akan menjadikan manusia bertambah mencintai kehidupan dunia dan menjauhkan diri dariNya, tetapi hakikat Kasih Allah itu adalah melalui ujian dan musibah yang diberikanNya. Ujian Allah bukan bermaksud untuk menyakiti hamba-hambaNya, tetapi dengan ujian itu sebenarnya Dia ingin mengangkat martabat manusia kepada kedudukan yang lebih baik dari sebelumnya. Justeru, andaikata Allah telah memilih kita untuk menanggung sesuatu musibah, janganlah kita mengeluh dan merintih dengan kesulitan tersebut. Yakinlah dengan Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah tidak sesekali akan menimpakan ujian kecuali kepada mereka-mereka yang benar-benar berkeupayaan untuk menghadapinya.

Oleh itu, sentiasalah kita berdoa agar Allah tidak akan pernah memalingkan pandanganNya daripada kita. Andaikata keselesaan dan kesenangan hidup yang kita kecapi selama ini hanya membuatkan kita lupa pada yang menjadikan kita.. maka, waspadalah!! Kerana itu petanda Rahmat Allah semakin jauh meninggalkan kita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...