December 31, 2010

Ragam kita yg bergelar MANUSIA.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Manusia di akhir zaman ini lebih gemar berteka-teki dan membuat kesimpulan secara membuta tuli dalam apa jua hal tak seperti ulama2 di zaman silam. Paling menyedihkan seandainya isu tersebut melibatkan akidah@pegangan. Mereka jarang membuat pengkajian dan merujuk kepada sumber-sumber(al-Quran,hadis,kitab2 muktabar dll) yang diyakini kesahihannya. KENAPA? Hm..barangkali manusia kini diserang sejenis virus iaitu ‘malas’ . Manusia malas mahu berfikir, sangat berat hati untuk mengkaji tetapi lebih suka menadah telinga, mendengar dan melihat tanpa menganalisis terlebih dahulu. ‘Malas’.. kalau dilayan akan membuatkan hari-hari yang dilalui oleh kita sungguh tak memberi apa-apa makna. Hakikatnya Islam sangat menganjurkan umatnya supaya sentiasa bermusafir, melihat dan membuatkan pentafsiran di muka bumiNya yang Maha luas ini agar segala yang tersurat dapat diungkap lantas membunuh kepalsuan dengan menzahirkan kebenaran. Sebenarnya apa sahaja yang diciptakan Allah pasti punya erti, bukanlah sia-sia. Justeru, alangkah baiknya mulai sekarang kita belajar me’RAJIN2’kan diri.. Tiada gunanya Allah ciptakan akal jika kita tidak menggunakannya dengan semaksimum mungkin. Akal cerdas yang dianugerahkan oleh Allah pasti akan membentuk diri kita menjadi sebaik2 manusia yang bukan sahaja hanya menadah kebaikan yang dicurah oleh orang lain tetapi dalam segala situasi mampu menabur manfaat untuk sesiapa sahaja yang hidup di sekeliling kita. Tanpa penggunaan akal juga pasti sesuatu yang mudah pun menjadi sulit. Bukankah begitu?

Selain itu, manusia sekarang suka menyebut2 keaiban orang lain berbading keaiban diri. Sesiapa sahaja yang dipandang pasti dianggap menjengkelkan seolah2 dirinya sahaja yang sempurna di sisi Allah. Manusia sekarang lebih sayang harta dari mulut dan lidah.. Allah sudah cipta ia tanpa cacat cela tapi dibiarkan mulut lidahnya dilazimi dengan umpatan, keji dan cela. Padahal semua perbuatan itu tidak akan meninggalkan apa2 kebaikan sebaliknya mencambahkan bibit2 permusuhan. Alangkah baiknya jika mulai saat ini kita belajar untuk menjadi org baru, buang jauh2 sikap mazmumah, lantas hiasi dengan mahmudah. Lempar juga jauh2 tabiat mengumpat dan mencela seterusnya gantikan ia dengan zikrullah. Sesungguhnya tiada yang lebih menenangkan dalam hidup ini selain mengingati Allah. MasyaAllah..

Manusia sekarang juga cintakan makhluk berlebih-lebihan sehingga Allah dan Rasul diketepikan. KENAPA?barangkali manusia itu hatinya BUTA. ALLAH itu TUHAN yang MAHA PENGASIH, PENYANYANG, PENGAMPUN n etc. Kalaulah kita mengenali Allah dengan sebaik2nya, tidak mungkin kita akan mengabaikan-NYA. ALLAHU Rabbi.. betapa kita terlalu lupa diri. Mulai saat ini ayuh kita bangkit dr kejahilan dan kegelapan.. Apa yang kotor kita bersih2kan, apa yang keruh kita jernih2kan, apa yg bengkok mari kita lurus2kan. Jangan bakhil untuk meluangkan sedikit waktu dengan ALLAH kerana ALLAH juga yg menciptakan waktu buat kita. Rajin2kan diri untuk menghadiri majlis ilmu..tidak rugi kita meluangkan sedikit masa yg kita ada kerana ianya bakal memberikan kita sesuatu yg sangat berharga buat saham kita di akhirat sana.

Akhir bicara, dalam melayari bahtera kehidupan yg sementara ini sememangnya kita sering di uji. Kadangkala apabila nafsu mula beraja di hati, akal kita jauh tercampak entah ke mana. Namun begitu, inilah namanya MANUSIA. Sampai bila2 pun kita tak mungkin akan sempurna. Tetapi apalah salahnya jika kita jadikan diri kita lebih baik dari hari2 sebelumnya. Untuk itu, kita perlulah sentiasa merenung diri sendiri, belajar mencari keaiban diri supaya kita menjadi lebih akrab dgn TUHAN. Belajar juga menerima ketentuan ALLAH seadanya serta bersyukur dengan sgl nikmatNYA buat kita. Hidup ini akan terasa lebih indah jika setiap saat, setiap kerdipan mata, denyut nadi dan langkahan kita bersulamkan REDHA ALLAH. Moga hari2 mendatang yang bakal kita lalui penuh dgn kebahagiaan, diwarnai dengan kerendahan hati, keluasan jiwa dan segala perkara yg menguntungkan kehidupan kita di dunia dan akhirat.Ameen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...