March 26, 2011

.::Belajar Bersyukur::.


Manusia yang tahu bersyukur tidak akan pernah merungut-rungut. Mereka sentiasa senyum samaada dalam keadaan susah atau senang. Tiada istilah 'payah', 'kecewa', 'tidak adil' dan sebagainya dalam kamus hidup mereka. Meskipun masalah membadai, sekalipun disisih dan dicerca manusia, dibebani dengan sejuta masalah, namun riak ketenangan sesekali tidak akan berkocak di hati mereka. Justeru itu, Allah sentiasa membekalkan kekuatan dan ketabahan pada jiwa-jiwa yang sentiasa tahu dan mahu bersyukur. Hakikatnya, konflik dalam hubungan kekeluargaan, kegagalan dalam percintaan dan pelajaran, himpitan kewangan dan ketidakcukupan dalam apa jua keperluan bukanlah dijadikan alasan untuk menafikan keMurahan dan sifat Kasih Sayang Allah, tetapi terima ia sebagai satu cara didikan dari Allah spy kita menjadi lebih akrab dgnNya. Hanya Allah yang berhak menentukan apa yang  telah, sedang dan  akan berlaku ke atas jiwa kita. oleh itu, serahkan segalanya pd perhitungan Allah disamping teruskan berdoa tanpa jemu, mohon agar Allah tetapkan jiwa2 kita di jalanNya dan redha atas sgl ketentuanNya. Meskipun scr zahirnya ia dirasakan amat pahit untuk ditelan, namun akhirnya kita akan merasakan kemanisan yang begitu luar biasa dan tidak terungkap dek kata-kata, bahkan syurga juga sebagai jaminan bagi hamnba2Nya yang bersyukur... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...