October 09, 2011

C.E.M.B.U.R.U??????


Pernah rasa cemburu?? Pasti semua manusia normal pernah rasa cemburu. Hm, pada saya cemburu itu tidak salah, tetapi didiklah hati untuk cemburu secara bertempat hingga ia mampu mendorong kita untuk menjadi insan yang berguna untuk menapak lebih maju ke hadapan sebagaimana orang lain. Contoh cemburu bertempat antaranya; cemburu apabila melihat kawan-kawan berjaya dalam hidup, cemerlang dalam pelajaran,  tekun  beribadah dan banyak lagi perbuatan-perbuatan baik, bukannya maksiat.

Ber’cemburu’ lah dengan jalan yang betul. Setelah melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh orang lain, senyumlah dari dalam hati yang tulus ikhlas, kemudian tadah tangan dan doakanlah agar apa yang orang lain nikmati itu berkekalan serta meraih redha Allah hendaknya. Setelah itu, sematkan tekad dalam hati untuk berusaha mendapatkan perkara yang sama melalui jalan usaha+doa+tawakkal pada Allah. Jangan pula mendoakan apa-apa yang tidak baik. Itu perbuatan yang salah dan ‘iri hati’ namanya serta menjadi petanda busuknya hati dan urat perut kita. Grr…

Persoalannya di sini, mampukah kita ber’cemburu’ secara positif? Pokok pangkalnya adalah bermula di hati. Kalau hati benar-benar bersih dari segala sifat hasad dan khianat serta kita benar-benar mahu jadi hamba Allah yang beriman, maka sudah pasti kita mampu melakukannya.


Namun, realiti yang berlaku hari ini sudah terang lagi bersuluh mencerminkan ke’rosakan’ dan ke’busuk’kan hati kita. Pembunuhan, penganiayaan, kezaliman, kekejaman, pengkhianatan dan sebagainya sudah cukup memaparkan betapa hina dan kejinya kita yang gemar berdendam, berhasad dengki dan memuaskan tuntutan nafsu sahaja. Kita lebih rela tersenyum atas penderitaan orang lain berbanding menangis. Rata-rata di kalangan kita terlalu sulit untuk berlapang dada, memaafkan dan mendoakan yang baik-baik untuk insan di sekeliling kita. Bahkan tanpa rasa bersalah boleh pula kita pura-pura butakan mata, pekakkan telinga dan sembunyikan tangan di belakang ketika melihat orang lain jatuh tersungkur. Ada orang suka berlumba-lumba dalam menunjukkan kehebatan masing-masing. Tidak mahu kalah dalam bergaya dan berbelanja, sentiasa ingin tampil ‘glamour’ dari orang lain, perasan diri mulia dan menjulang2 salasilah keturunan nenek moyang mereka di depan orang lain. Ada orang terlalu dahagakan pujian, maka bila dipuji berbakul-bakul, hati akan berbunga riang dan bersulam riya’, tetapi bila ditegur sedikit kesilapan hati akan mula panas dan merah padamlah muka. Ya.. itulah manusia.  

Ya kan, kita terlupa barangkali sudah namanya ‘manusia’, takkan pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Namun, kita boleh berusaha untuk berubah dan terus berubah menjadi manusia yang baik. Manusia yang disenangi oleh manusia lain dan manusia yang mampu memberi manfaat kepada manusia-manusia lain. 




Saya begitu yakin, kita boleh melakukan perubahan kerana kita mampu. Perubahan boleh dilakukan oleh siapa-siapa pun dengan izin Allah, asalkan punya kehendak dan daya. Untuk itu, sama-sama lah kita berdoa moga ditemukan dengan insan-insan yang benar-benar punya hati yang tulus mendoakan kebaikan buat kita dan sanggup berkongsi tangis dan tawa bersama-sama. mohon dijauhkan dari para pen’dengki’. Doakan juga moga kita sendiri dikurniakan Allah dengan sifat kemurahan hati serta dijauhkan dari sifat hasad. Sesungguhnya Allah jualah pemilik hati-hati kita.

Jom lakukan perubahan!! Jangan biarkan emosi + cemburu buta menghantui hidup kita, kerana HATI kita begitu berHARGA J      

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...