January 08, 2012

::LIDAH SAYA, TANGGUNGJAWAB SAYA::

Source:: Google

Dengan Nama ALLAH yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG!! 

Setiap hari kita bercakap. Pagi, tengahari, petang , malam kita akan bercakap. Pendek kata setiap saat, minit dan waktu kita sentiasa ingin bercakap, kerana dengan bercakap kita mampu menterjemahkan rasa dan keinginan kita, dengan bercakap kita boleh berkongsi suka dan duka kita. Dan apa yang penting kita perlukan seseorang atau lebih untuk kita bercakap, mana mungkin kita cakap sorang-sorang. Adakah dalam dunia ini orang yang tak mahu atau tak rasa nak bercakap?? Mustahil (kecuali mereka2 yg bisu). Dan isi percakapan pula ada macam-macam jenislah . Ada yg suka bercakap dan bercerita tentang diri sendiri, ada orang suka bercakap tentang orang lain (tak kira lah baik atau buruk) ada org suka bercakap tentang ilmu atau pelajaran. Ada orang bercakap tak henti-henti dan ada orang bercakap bila perlu jer.

Erm… tapi…. dalam keghairahan kita bercakap sebenarnya ada sesuatu yang kita perlu ambil perhatian dan belajar. Kita perlu belajar untuk berhati-hati kerana setiap lontaran suara kita akan mencerminkan pendek atau panjangnya akal kita dan baik buruk hati kita, seterusnya meninggalkan kesan pada telinga-telinga yang mendengar dan hati-hati yang menilai. Kita perlu tahu dan sedar juga bahawa tidak semua orang akan sependapat dgn kita dan tidak semua yang kita cakap menyenangkan orang lain. Lidah itu bahayanya masha Allah, dengan lidah tersebarnya fitnah, dengan lidah tercetusnya umpat, caci, keji dan sebagainya yang mengundang perbalahan. Jadi, didiklah lidah untuk bercakap bila perlu sahaja. Bercakap atas dasar ilmu dan berpada-padalah dalam meluahkan kata. Jadilah manusia yang disenangi oleh insan-insan lain. Peringatan buat diri ini dan smua yang membaca, kawallah pertuturan. Bercakaplah hal-hal yang baik saja kerana ia akan membuahkan pahala sera dihitung sbg iBadah di sisi Allah. Elakkan mengumpat, mencaci atau mengeji orang lain. Kurangkan berbual-bual kosong & bercakap perkara sia-sia, kerana ini bukan sifat para nabi dan orang-orang mukmin. Banyak perkara kita boleh lakukan untuk mengisi masa-masa terluang seperti berzikir, membaca al-Quran atau buku-buku ilmiah. Ok… Hayati hadith di bawah ini: 

Telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Shahihnya: telah bercerita kepada kami Adam bin Abu Iyas, telah bercerita kepada kami Syu’bah daripada Abdullah bin Abu Safar dan Ismail dari al-Sya’bi, dari Abdullah bin Amru bin al-‘Ash dari baginda Nabi (SAW), baginda bersabda yang bermaksud:

“Muslim sejati adalah (jika) orang-orang Muslim selamat dari lisan dan tangannya” 

                                                  (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Abu Dawud, al-Nasa’i dan Ahmad) 

Ambil pengajaran dari hadith di atas, walaupun kelihatan simple tapi penuh makna tersirat dan mengajar kita bahawa untuk menjadi mukmin kita perlu bijak mengawal lisan kita. Namun, anggota-anggota lain juga mestilah seiring dengan niat kita. Peliharalah HATI, mata, telinga, kaki, tangan bahkan kemaluan dari perbuatan mungkar. Insha Allah moga kita sentiasa tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang diredhai. 

JADI, APA TUNGGU LAGI?? JOM JAGA LIDAH KITA.. KALAU TAK MAMPU BERBICARA PERKARA YANG BAIK-BAIK, BERDIAMLAH & X PERLU BERKATA APA-APA. SAY NO TO MENGUMPAT ATAU APA-APA PERBUATAN YANG SEWAKTU DENGANNYA. AMAN LAH DUNIA KALAU SEMUA ORANG MENJAGA LIDAH :) 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...