January 31, 2010

.:Umat Islam Kini:.

Diriwayatkan oleh Tsauban r.a., Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Akan tiba masanya kamu akan dikeroyok oleh umat-umat lain sebagaimana orang lapar menyerbu makanan yg dihidangkan untuk mereka." seorang sahabat bertanya: "Apakah ya Rasulullah disebabkan bilangan kami sedikit pd waktu itu?" Jawab Baginda: "Tidak, malah bilangan kamu pada waktu itu tidak ubah seperti buah di atas air banjir. Allah telah mencabut perasaan takut daripada musuh kamu dan mencampakkannya ke dalam hati-hati umat Islam penyakit al-Wahn." Sahabat brtanya lagi: "Apakah penyakit al-Wahn itu ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Cintakan Dunia dan Takutkan Mati."

Rasulullah SAW telah mbayangkan akan nasib umat Islam selepas peninggalan Baginda. Keadaan ini juga dpt dilihat dengan turunnya ayat al-Quran yang bermaksud:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu, dan Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan Aku redhai Islam itu sebagai agamamu" (al-Maaidah 5:3)

Apabila terdengar ayat ini, Saidina Umar r.a. menangis tidak berhenti-henti. Apabila Rasulullah SAW bertanya mengapa dia menangis. Beliau menjawab : "Islam telah sempurna. Tiada yang melebihi titik kesempurnaan selepas ini, melainkan kejatuhan atau kemunduran."

Maka, benarlah kata-kata Saidina Umar r.a. Ketajaman fikiran para sahabat yg dididik di bawah lembayung al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW ketika itu dpt menembusi jangkauan masa ribuan tahun. Nur IMAN yg memancar di jiwa mereka bukan sekadar mampu menyuluh sanubarinya dan generasi sezamannya sahaja, tetapi menembusi segenap penjuru alam, tetap bersinar sehingga ke hari ini dan terus menerus selagi matahari masih terbit di sebelah timur atau dengan kata lain, selagi pintu keampunan Allah masih terbuka.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...