February 08, 2010

♥Seorang Da'ie Itu ♥



Seorang Da’ie itu…
Cinta kasihnya hanya terlimpah curah pada Allah dan Rasul…
Maka seluruh ibadah, hati, jiwa dan jasadnya diabdikan pada Nya semata…

Seorang Da’ie itu…

Konkrit imannya ampuh tak bisa rapuh…
Sukar digoyah hatta dilamar kemasyhuran dan kehormatan…
Lantaran, kalbunya bertunjangkan taqwa..

Seorang Da’ie itu…

Sentiasa santun tingkahnya..
Lembut jiwanya …
Butir bicaranya tersusun indah…
Diamnya juga penuh hikmah…

Seorang Da’ie itu…

Pakaian kehidupannya sabar dan zuhud…
Takkan pernah terbuai dek keindahan dunia nan fana…
Kerna jiwanya lebih dambakan syurga…

Maka, hiduplah Da’ie itu dengan serba sederhana…
Ukir senyumnya sentiasa terpahat walau diasak derita…

Seorang Da’ie itu…
Tidak pernah resah gelisah…
Walau sebeban dugaan menimpa…
Namun... Kental jiwanya…
Peka penglihatannya…
Arif mata hatinya…
Takkan pernah dibiar hatinya berputus asa..
Takkan mungkin membutakan mata andai akidah dan maruah dijaja…
Kerana baginya Islam itu lebih utama…

Justeru….
Bernafaslah Da’ie itu sebagai wira…
Ansarullah… Mujahid dan pembela agama…
Hayat yang dikandung diinfakkan pada perjuangan semata…
Walaupun dunia laksana penjara baginya…
Namun, akhirat kelak syurgalah miliknya…

~InSyaAllah~

T___T

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...