April 07, 2010

Tertipu dengan ILMU??

Orang yang b'ilmu boleh t'pedaya dgn ilmunya. B'hubung dgn ini, Imam al-Ghazali berkata : "Antara golongan yg terpedaya ialah ahli fikah yg menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Sebahagian drpd mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yg lain mengetahui ttg kepentingan akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya. Inilah ulama yg tertipu.."

Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sabda Nabi SAW yg b'maksud, "Manusia yg mendapat azab yg paling keras di hari kiamat ialah org alim yg tidak mendapat manfaat dr ilmunya"

Seterusnya Imam Ghazali b'kata : "Walaubagaimanapun sebahagian ahli ilmu mengamalkan apa yg mereka ketahui namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredaan Allah sebaliknya untuk mencari pengaruh serta nama. Sebahagian yg lain berasa ujub atau kagum dgn kelebihan yg ada pd diri mereka. Mereka asyik m'hiaskan diri di sudut zahir sehingga mengabaikan perkara yg lebih penting iaitu kebersihan batin serta HATI. Ketika itu mereka melupakan musuh mereka yg utama iaitu syaitan. Lantas mereka berpakaian dgn menggunakan kain-kain halus diselimuti mutiara, perhiasan serta sutera yg diharamkan dan bermusafir dgn menggunakan kuda serta kenderaan yg mengagumkan. Mereka mendakwa kesemua ini dilakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka masuk ke tempat para penguasa yg zalim untuk memuji dan serta mendapatkan kasih sayang mereka. Mereka ini sebenarnya adalah dajal agama dan bukannya imam agama kerana imam agama yg sebenarnya mengutamakan kepentingan akhirat dan tidak terpedaya dgn kelzatan dunia. Sebaliknya golongan dajal ini berpaling dari kehendak Allah dan menghadapkan dirinya kepada keenakan dan kenikmatan dunia.". Kesemua ini disebut di dalam kitab Ihya Ulumuddin.


Sumber: Buku '' Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran", Dr. Danial Zainal Abidin.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...