July 07, 2010

AYUH!! MAKMURKAN BULAN ALLAH..

AMALAN BULAN REJAB

1. Berpuasa dan bacalah (10x tiap hari) :
لا اله الاالله قبل كل أحد.. لا اله الاالله بعد كل أحد.. لا اله الاالله يبقى كل ربّنا..ويفنى كل أحد..    
Maksud : (Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap2 sesuatu..Tiada Tuhan melainkan Allah sesudah tiap2 sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah kekal tuhan kitadan fananya tiap2 sesuatu)

2. Solat sunat mengiringi fardu, sesudah solat fardu.

3. Solat sunat Isyraq, solat sunat dhuha, solat sunat tasbih.

4. Berdoa memohon keampunan dan taubat, mohon supaya diterima sgl amal ibadah, mohon agar selamat sejahtera hidup di dunia dan akhirat, mohon diterima untuk menjadi penghuni syurga Allah dan dicurahi Rahmat yang berpanjangan.

5. Bersedeqah dan berzikir : لااله الا الله  dan membaca ألله أكبر  100x selepas solat subuh dan asar.

6. Bertasbih (100x) :                                                                          سبحان ربي الأعلىسبحان الله وبحمده..سبحان الله العظيم                          
   سبحان الله والحمدلله ولااله الاالله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

7. Selawat (10x atau 100x) :
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

8. Istighfar (70x atau 100x) :
استغفروالله العظيم و أتوب اليه

9. Membaca al-Quran dan istighfar kepada ibu bapa :

رب اغفرلي ولوالدىّ وارحمهما كما ربّياني صغيرا

Amalan di malam hari:

1.  Solat sunat tahajjud sekurang2nya 2 rakaat dan sebanyak2nya 8 atau 12 rakaat
2. Solat sunat tasbih dan solat sunat witir
3. Istighfar (70x atau 100x)
4. berdoa memohon sesuatu ke hadrat Allah dan doakan kedua ibu bapa.
5. Berselawat, berzikir dan terus bertasbih sehingga terbitnya farah subuh. 

  • REJAB bulan menabur benih..SYA'ABAN bulan menyiram tanaman..RAMADHAN bulan menuai..
  • REJAB menyucikan badannya..SYA'ABAN menyucikan hatinya..RAMADHAN menyucikan ruhnya..
  • REJAB bulan maghfirah..SYA'ABAN bulan SYAFAAT, RAMADHAN  bulan menggandakan kebajikan.
  • REJAB bulan taubat.. SYA'ABAN bulan mahabbah..RAMADHAN dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah2 banyaknya.
  • REJAB diganda 70 pahala..SYA'ABAN diganda 700 pahala..RAMADHAN diganda 1000 pahala.
Beramallah sekadar kemampuan iman kita masing2..jika kita tidak mampu untuk melakukan kesemuanya..janganlah kita meninggalkan kesemuanya..hargai kehadiran bulan yang mulia ini..layanilah rejab sebaik2nya.moga bulan rejab menjadi medan untuk kita meningkatkan taqwa dan iman..mengkoreksi fitrah yang telah ternoda sekian lama..moga taubat diterima..moga jannah milik bersama ..insyaallah..ameen.. :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...