Pernah rasa cemburu?? Pasti semua
manusia normal pernah rasa cemburu. Hm, pada saya cemburu itu tidak salah,
tetapi didiklah hati untuk cemburu secara bertempat hingga ia mampu mendorong
kita untuk menjadi insan yang berguna untuk menapak lebih maju ke
hadapan sebagaimana orang lain. Contoh cemburu bertempat antaranya; cemburu
apabila melihat kawan-kawan berjaya dalam hidup, cemerlang dalam pelajaran, tekun
beribadah dan banyak lagi perbuatan-perbuatan baik, bukannya maksiat.
Ber’cemburu’ lah dengan jalan
yang betul. Setelah melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh orang lain, senyumlah
dari dalam hati yang tulus ikhlas, kemudian tadah tangan dan doakanlah agar apa
yang orang lain nikmati itu berkekalan serta meraih redha Allah hendaknya. Setelah
itu, sematkan tekad dalam hati untuk berusaha mendapatkan perkara yang sama melalui jalan usaha+doa+tawakkal pada Allah. Jangan pula mendoakan apa-apa
yang tidak baik. Itu perbuatan yang salah dan ‘iri hati’ namanya serta menjadi
petanda busuknya hati dan urat perut kita. Grr…
Persoalannya di sini, mampukah kita ber’cemburu’
secara positif? Pokok pangkalnya adalah bermula di hati. Kalau hati benar-benar
bersih dari segala sifat hasad dan khianat serta kita benar-benar mahu jadi hamba Allah yang beriman, maka sudah pasti kita mampu melakukannya.
