3 kaTeGoRi PeNuNtUt iLmU
Rasulullah saw telah mengkategorikan penuntut ilmu kepada 3 golongan dan membandingkan mereka kepada keadaan tanah.
1. Tanah yang gembur yang apabila menerima air hujan, tanah ini akan menyerap air tersebut dan daripadanya tumbuhlah pelbagai jenis tanaman yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan enak dimakan. Ini umpama orang yang menerima ilmu dan mengambil ilmu itu untuk dirinya dan mengajarkannya pula kepada orang lain untuk melahirkan generasi yang berilmu dan bermanfaat kepada masyarakat.
2. Tanah yang kedua ialah tanah yang dapat menakung air, tetapi air itu tidak meresap ke dalam tanah dan tidak dapat digunakan oleh tumbuh-tumbuhan. Ini umpama orang yang menerima ilmu tetapi mereka menyimpan ilmu itu untuk diri sendiri dan tidak dapat memberi manfaat kepada orang lain.
3. Tanah yang ketiga amat keras permukaannya dan langsung tidak dapat menerima air hujan. Air hujan yang jatuh ke atasnya tidak akan diserap, malah akan terus mengalir ke dalam longkang. Ini umpama orang yang langsung tidak menuntut ilmu dan oleh itu jadilah ia orang yang tidak berilmu dan tidak memberikan menfaat kepada dirinya apatah lagi kepada orang lain…dan inilah yang paling ramai dalam masyarakat kita hari ini.
Kita digolongan mana?
Jadilah sebagaimana golongan pertama. Sekurang-kurangnya kehidupan kita tidak sia-sia kerana dapat memberi manfaat dan faedah kepada orang lain. Sesungguhnya manusia yang bakhil adalah mereka yang tidak lokek dalam menyampaikan ilmu walaupun sedikit, berakhlak dengan akhlak yang terpuji sekalipun sentiasa disakiti. Di mana sahaja mereka dilemparkan, mereka tetap bermanfaat kepada orang lain. Bak kata pepatah, jika dilempar ke laut menjadi pulau, diilemparkan ke perlubukan, menjadi mutiara yang sangat berharga demi kemaslatan ummah seluruhnya.
No comments:
Post a Comment