August 10, 2009

SeKaDaR PeRingaTaN....

Dakwah atau dalam erti kata yang lain usaha “amar makruf nahi mungkar” merupakan suatu kewajipan. Tidak kira tua, muda, kaya atau miskin semuanya mestilah berusaha menyebarkan walau sedikit kebaikan dan seboleh-bolehnya berusaha mencegah sesuatu kemungkaran dari bermaharajalela. Bayangkan apa akan terjadi seandainya kita melihat kemungkaran tetapi terus berdiam diri atau seolah-olah tidak endah dengan apa yang berlaku? Kesannya sudah tentu sangat bahaya terhadap proses pembangunan atau ketamadunan manusia. Kemungkaran yang berlaku walaupun dirasakan kecil, namun lama-kelamaan ianya akan semakin membesar, merebak serta berakar umbi di dalam jiwa masyarakat seterusnya bisa menjadi suatu barah yang sangat kronik amat sukar untuk dirawat lagi. Ia umpama suatu virus yang akan memusnahkan segala sistem kemanusiaan, pembangunan akal dan rohani manusia. Lihat sahaja realiti pada hari ini, muda mudi begitu mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak baik dalam waktu yang singkat. Mereka hidup dan membesar dengan penuh keseronokan, hiburan dan langsung tidak menyedari akan hakikat matlamat utama kejadian mereka iaitu untuk beribadat kepada Allah swt. Jati diri mereka seolah-olah sudah hilang, apa sahaja yang dilakukan seharian lebih kelihatan barat daripada barat. Ini sangat membimbangkan kita. Justeru, marilah kita sama-sama berusaha untuk mencegah perkara tersebut dari terus berleluasa. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan secara serius sementara ia masih di peringkat awal. Kita tidak perlu saling mengharapkan orang lain dalam berdakwah kerana sedar atau tidak ianya juga telah ditaklifkan ke atas bahu kita. Sekiranya kita ingin melihat generasi pelapis atau zuriat kita yang bakal lahir dalam keadaan baik maka kita seharusnya mula bertindak dari sekarang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...