April 15, 2011

Kita tak pernah Tahu..





Bismiillahirrahmaanirrahim..

Kenapa kita suka sangat menilai seseorang/sesuatu secara zahir@luaran?

Contoh di sini: (xda kaitan dengan siapa2 pun yer)

Situasi 1 : dalam perjalanan nak ke kuliah, kita ter’nampak kawan sekolej kita sedang duduk2 di bangku dan t’senyum sorang2,mesti spontan kita akan cakap dalam ati “gila ke ape dia tu!!”

Hakikatnya: kita xpernah tahu apa yang sedang dia fikirkan, maybe dia sedang imbau balik memori2 silam yg m’lucukan atau memalukan barangkali. hehe..

Situasi 2 : Ketika kita sedang tunggu bas kt bus stop..tup2 lintas la sorg kakak yang cantik nan ayu sambil memegang hp (sdg taip msj n senyum2)  Apa kita selalu fikir??? ....em..”Amboihh akak,mentang2 cun,mesej pakwe la tu. Ntah2 pakwe keliling pinggang kot,orang cantik ni xleh kira”

Hakikatnya: kita xpernah tahu pon,ntah2 kakak tu tengah reply msj mak dia ke,ayah dia ke... kawan2 pompuan dia ke..br dpt berita gembira dari sedara mara ke..ha,kan kita yg xpasal2 dapat dosa kering, asik nk buruk sangka je kan.

Situasi 3 : ketikamana kita sedang menunggu kawan kat kafe..kebetulan ada sorang kawan tu mai duduk bersebelah dengan meja kita jer..pastu kita usha2 nasik dan segala lauk-pauk dia, pastu terus  b’monolog dalam ati “uiii..manyaknya dia ni makan, baca doa makan ke x ni? Makan dgn sape la tu?? huuu....

Hakikatnya: kita tak tahu ntah2 kawan tu baru sembuh dari sakit ke..baru je datang balik selera nk makan setelah sekian lama terlantar kat ospital..ermm..

Situasi 4 : sedang best2 kita window shopping kat one utama, pastu ternampak sorang kakak tu borong sakan, kiri kanan bawak brg.. penuh troli.. pastu mula la berbisik-bisik dengan kawan sebelah “eh..nampak tak akak tu,semangatnya shopping..ko agak2 dia keje ape eh? Huii..ntah2 sumber pendapat dia tu halal ke x eh?...erm...kat bandar besar gini boleh jadi taw,keje tah pape je.

Hakikatnya: akak tu punya la berpenat lelah..siang malam banting tulang 4 kerat.. 2 bulan sekali je dapat kuar shopping.. mestila byk brg2 keperluan kan.

Ermm..Banyak lagi la situasi laen.. (cuba fikir2 sendiri apa yang kita pernah buat)









Hakikatnya...

Kita x pernah tahu dan x pernah merasai pun apa yang orang lain rasa.. tapi kita terlalu mudah menilai dengan mata kasar kita yang x berapa clear, kemudian cakap ikut sedap mulut. Dari sekecil2 perkara sampai la sebesar2 perkara, semua kita nak nilai dan wat hipotesis sendiri.  

Macam ni la kita kan? Ada je salah orang... pantang mata kita melihat kelibat sesorang lintas depan kita, mesti kena smash... ada je point2/idea2 kotor terlintas kat fikiran kita.

Hakikatnya..

Orang sebegini sebenarnya sedang menghidap sejenis penyakit iaitu ‘hasad’, atau dalam erti kata lain, jeles@dengki@xpuas ati tengok orang lebih dari kita/kebahagiaan orang).

Setuju atau x, memang ni la realitinya. Kita sangat2 gemar berburuk sangka pada orang. Boleh x kalau kita cuba berfikiran positif? Dan belajar berbaik sangka pada orang lain.. pada masa yang sama..balik beli cermin, pastu suluh2 tengok muka kita sendiri.. baik sangat kah kita? Dah dijamin masuk syurga? Dah cukup ke amalan? Perfect ke? Muka mulus xda jerawat/jeragat segala? Erm..

Biasa2kan diri menilik kekurangan diri. Kerana bila kita mula sibuk memandang keaiban diri, kita xkan ada masa lagi untuk mencari keaiban orang. Bukan ke begitu?

So, sama2 lah kita perbaiki diri.. p’banyakkan mencari keaiban diri dari keaiban orang lain, kemudian buat perubahan mnjadi manusia yang lebih baek. Masa-masa yang terluang, lagi bagus diisi dengan berzikir, dapat jugak pahala. Okeh..

Renungan:

Firman Allah yang bermaksud:    

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

   (surah al-hujurat 49: 12)

Wallahua`lam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...