April 06, 2011

..Muhasabah+Tekad+Hijrah..

Bismillah...
  
Mungkin di bawah ini sebahagian dari rungutan yang sering kita dengar dari orang2 di sekitar kita, atau barangkali ia terkeluar dari bibir kita sendiri -.-‘

“Arghh...otak saya berkarat !! Otak saya langsung tak berkembang!! Saya tak mampu nk hasilkan idea2 menarik langsung, awak xpe la..awak bijak!! Kenapa saya begitu dungu? Kenapa rakan2 saya bijak?adakah saya memang dilahirkan untuk gagal?Oh NooOOO.. Uhh..malangnya nasib saya..Hmm..jelesnya tengok orang lain berjaya, knapa sy tidak?Wahh..beruntungnya beliau..dapat perhatian ramai, dah la cantik, kaya, bijak..Kenapa saya ditakdirkan untuk hidup melarat?kenapa?kenapa?kalaulah saya boleh..kalaulah saya mampu.. bla bla bla..

Wah2...manusia terlalu gemar ber’kalau2’...bersoal2 sesuatu yang mustahil dengan penuh ketidakpuasan hati..

Kadang-kadang juga kita seakan2 buntu dengan kehidupan, mati akal. rasa hidup tak ubah macam haiwan kan? Makan, tidur, makan, tidur, bangun, layan FB,twitter,skype dn byk lagi..pastu tidur balik, perut rasa lapar, kemudian bangun dan makan lagi... :'(( ohh.. SO SAD.. akhirnya otak pun  jadi lembap,muka jd sembam,badan pun pasif dan xbermaya, malas beribadah, malas belajar (ini realiti)...Hari-hari yg dilalui, masa kita terbuang begitu sja. Pejam celik2 dah pun cukup sehari berlalu,terasa pantas benar masa meninggalkan kita..malam pula tiba,namun masuk pula keesokan harinya tetap dilalui dengan aktiviti yang sama..xde perubahan,xde langsung  aktiviti berfaedah, bukan sahaja untuk kecemerlanagan diri kita sendiri bahkan untuk manfaat masyarakat, agama dan negara jauh sekali.. Hmm.. SO SAD!! Ada yang lebih teruk hingga sanggup menyalahkan Allah atas nasib yang menimpa diri..kemiskinan, kegagalan, ketidakcukupan dan sbgnya..semuanya Allah yang dipersalahkan. Na`uzubillah min zaaliikk..

Makanya, apa perlu kita buat tuk jadikan hidup kita lebih bermakna, bermanfaat dan di Redhai Allah?Apa tindakan kita?Nak biarkan hidup terus begini hingga hujung nyawa??Ohh..ruginya..

Justeru, Jom sama-sama kita muhasabah.. rujuk semula firman Allah di dalam al-Quran melalui surah al-Asr yang bermaksud:


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”


Kita terima atau tidak Allah sendiri telah bersumpah tentang hakikat manusia yang sentiasa hidup dalam kerugian. So,kita mesti akur dan sedar akan kekurangan kita sebagai manusia, xlepas dari salah dan kelemahan. Namun pada masa yang sama kita tidak boleh hanya pasrah, merungut dan berdiam diri tanpa adanya daya usaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Oleh itu, mari kita sedar2kan diri akan kekurangan kita, celik2 kan mata hati dan cuba hitung2 semula kesilapan yg telah kita lakukan.. cuba perbaiki diri, kenali potensi dan cuba bina keyakinan serta kekuatan jiwa, yang penting jgn jadi bodoh sombong.. tak tahu tapi tak mahu btanya..bertanyalah pada yang arif jika musykil, dan jgn malu untuk memohon tunjuk ajar dan bimbingan. jika tidak kita pasti akan terkebil-kebil sorang diri.. orang lain dah jauh pergi, kita ketinggalan jauh di belakang.. orang dah berlari kita masih merangkak. Hakikatnya, semua terletak pada diri kita, xda sape yang mampu ubah diri kita melainkan dengan kehendak diri kita sendiri, pun begitu, setelah didahului dengan usaha yang bersungguh2, seterusnya dengan izin dan kehendak Allah jua.  Apa yang jelas dan pasti, Allah xkan sesekali menzalimi hamba2Nya...krn Allah lebih mengetahui apa yang kita mahu.

Akhirnya,mari kita cuba tekad sekuat hati..mohon Allah beri petunjuk dan mudahkan jalan pulang kita..Ayuh kita sama2 berusaha untuk berubah jadi lebih baik.. apa hasil yang akan kita dapat itu xpenting.. apa yang penting kita dah ikhtiar dan mencuba..selebihnya terpulang pada ketentuan Allah. Namun, jgn sesekali kita bosan untuk berdoa dan berputus asa dengan Rahmat Allah.Bergantunglah sepenuh hati pada pemilik jiwa dan jasad kita Seandainya setiap masalah kita rujuk dan mengadu pada Allah..inshaAllah, segala yang payah akan jadi mudah, segala yang perit dan pahit akan dirasakan indah dan manis.Mg Allah sentiasa memandang usaha kita sbg satu ibadah dan bukan pkerjaan yg sia-sia.Ameen.. :)






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...