April 21, 2011

Musafir Kerana Allah


Setiap sesuatu yang diniatkan kerana Allah pasti dihitung sebagai IBADAH dan diganjari pahala. So, sama-samalah kita perbetulkan niat agar segala perbuatan dan pertuturan kita selama ini tidak sia-sia. Dalam aspek 'musafir' umpamanya, tidak salah untuk kita pergi ke mana-mana sahaja destinasi yang kita suka di atas muka bumi Allah ini, namun pastikan tempat tersebut jauh dari maksiat dan biarlah dalam keadaan yang diredai Allah. Jadikan permusafiran kita tersebut bakal menjadikan kita lebih akrab dengan Allah. Apa sahaja yang kita pandang, apa sahaja yang kita dengar dan rasa, maka pandang dan dengarlah ia kerana Allah.  Hayatilah ia sebagai tanda kebesaran dan keagungan Allah, seterusnya bertasbihlah memuji-Nya. Maka, perjalanan yang bakal kita lalui tidak akan menjadi satu pembaziran sama ada dari sudut tenaga, masa dan wang ringgit. Tetapi ia mampu memberikan pengalaman yang begitu berharga dalam hayat kita dan memberikan nilai tambah untuk saham kita di akhirat kelak. Moga kita sentiasa tergolong di kalangan hamba2-Nya yang tahu bersyukur ^^ Ameen.  

2 comments:

  1. ayat macam jeles je.. ^^, betoi la..apa yang penting.. niaaatttttttt...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...