August 14, 2011

Penyakit ‘YA’ di MULUT..’TIDAK’ di HATI..


Bismillahirrahmanirrahim..

Ramai di kalangan kita begitu mudah melontarkan sesuatu percakapan yang kadang-kadang kita tidak sedar ianya telah menyakiti @ mengguris hati orang lain. Dan kadangkala hati kita sendiri juga turut terkilan dan pedih dengan kata-kata sinis yang dilontarkan oleh orang lain kpd kita. Sebenarnya setiap orang begitu impikan kehidupan yang serba sempurna. jika boleh dipilih sudah pasti kita akan memilih untuk tidak menyakiti dan disakiti. Tetapi, lantaran keegoan yang sering saja beraja dlm diri, kita  selalu memaksa diri untuk bertindak kejam meskipun jauh di lubuk hati kita, ada sedikit rasa tidak rela. Asalkan hati rasa puas, itu sudah mencukupi. Dalam banyak keadaan juga, kita dapat lihat rata-rata sang mulut sangat ringan untuk berbicara dan berkata sama ada 'ya' atau 'tidak', namun hakikat berlaku sebaliknya pada sang hati. Ramai orang boleh mengatakan ya dengan mulut mengukir senyum, hakikatnya hati sangat pedih dan berat untuk menerima sgl keputusan yang telah dibuat oleh sang mulut. Ramai juga orang boleh secara tiba2 berpura-pura menangis melihat kesusahan orang lain sedangkan hati bersorak girang meraikan penderitaan tersebut. Tidak kurang juga ramai yang sanggup mengorbankan hati demi menjaga perasaan insan2 yang mereka sayang. Walau apa pun keadaan, kita sebenarnya tidak mampu untuk bertahan dengan kepura-puraan kita, kerana akhirnya kita akan rasa begitu lelah. Pura-pura tidak akan menjanjikan apa-apa buat kita. Bila sudah mula letih, akhirnya anggota-anggota lain turut merana, mulut akan mula menyumpah seranah, mata akan mula mengalirkan air, telinga akan rasa berdesing, kepala jadi sakit, hati pulak rasa membuak2 ingin sekali melampiaskan perasaan amarah, tetapi tidak tahu kepada siapa. Natijahnya, jiwa jadi sakit dan tertekan. Alangkah peritnya kalau hati dan mulut tidak seia sekata. Pahitnya dirasa bila hati dan mulut bermusuh. Bila hati dan mulut berperang sesama sendiri, apa akan jadi pada sang empunya tubuh?? Barangkali tuan punya tubuh layaknya digelar si 'hipokrit', 'munafik', 'pengkhianat'..tampaknya putih di luar tetapi di dalamnya hanya Tuhan yang Maha Tahu. Setuju atau tidak, ini hakikat.

Jd, apa salahnya mulai detik ini kita sama-sama belajar mendidik mulut dan hati. Bila mulut menzahirkan senyuman, pastikan hati juga tersenyum, andai mulut menuturkan kebaikan pastikan hati  dan anggota juga meredhai kebaikan tersebut. (please be ourselve and do not try to be like others). Tidak mengapa andai hati rasa perit semata-mata untuk seiring dgn sang mulut, asalkan jangan lg cuba berpura-pura dalam keterpaksaan, kerana pura-pura sebenarnya sgtlah meletihkan. Walau apa pun yang kita cuba lafazkan dan sembunyikan, Allah sering sahaja mengetahui segala isi hati kita. Latihlah hati dan mulut supaya kedua2nya dapat bekerjasama dan bersahabat baik. Tetapi pd sama, ber'awas'lah pula dengan sang lidah. Jangan sesekali melazimi lidah dengan mengumpat, mengeji, mencerca, menghina orang lain. Kelak memakan diri. Pastikan putih di luar, putih juga di dalam yer. :)

.::.Ya Allah, bantu kami untuk menjadi mukmin yang sebenar-benarnya. Rindu, cinta, redha dan menyerahkan seluruh anggota kami hanya untuk mencapai redha-Mu semata. Jauhkan kami dari bersikap seperti hamba-hamba-Mu yang jauh dari kebenaran. Amiin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...